Sistem Pengurusan Kualiti IPS, Telupid
Pada tahun 2010, IPS telah dipersijilkan di bawah ISO 9001:2008 yang mana IPS merupakan salah satu pemegang proses teras Jabatan Perhutanan Sabah. perubahan pensijilan ke ISO 9001:2015 yang mana banyak penambahbaikan dokumentasi telah dibuat pada tahun 2015.
Pada tahun 2008 sehingga 2018, Kursus Sijil Pengawas Hutan ditawarkan semula kepada kakitangan Jabatan yang berstatus jawatan kontrak dan orang awam yang layak. Tahun 2019 pengambilan kursus tidak ditawarkan kerana tahun ini merupakan tahun untuk membuat kajian semula silibus bagi Kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan dan Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan supaya silibus yang diajar seiring dengan keperluan Jabatan.
Pelatih Renjer Hutan yang berkursus sebelum tahun 2019 menjalankan latihan lanjutan bagi kerja-kerja lapangan dihantar ke beberapa Pejabat Daerah Perhutanan selama 2 bulan. Selepas pengemaskinian silibus, semua pelatih Renjer Hutan bermula pada tahun 2020 dihantar menjalankan latihan industri selama 2 bulan ke Pejabat Perhutanan Deramakot.
IPS juga telah menerima Anugerah Sistem Pengurusan Kualiti sebanyak dua kali atas pencapaian cemerlang bagi pelaksanaan dan pematuhan standard ISO 9001:2015 sepanjang tahun 2010 sehingga 2023.


